Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Putatan

LAPORAN AKHIR TAHUN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2008

1. PELAKSANAAN PROGRAM TAHUNAN

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 2008
• Tarikh : 08 – 11.01 2008 (Rabu – Jumaat)
• Tempat : Dewan Asrama
• Sasaran : Tingkatan 4

Reach Out Unit Bimbingan dan Kaunseling 2008 (Hebahan kelas ke kelas)
• Tarikh : Bulan Januari
• Sasaran : Semua Pelajar

Senarai Semak Masalah Pelajar Sesi Pagi 2008
• Tarikh :Januari – Mac
• Sasaran : Pelajar Tkn 3 - 6

Program Motivasi STPM 2008
• Tarikh:31/01/ 2008
• Hari : Khamis
• Masa :8.00 – 10.00 pagi
• Tempat : Bilik Gerakan
• Sasaran : Pelajar Tkn 6 Atas

Program Pemantapan Diri Pelajar Sesi Pagi 2008
• Tarikh : 12 dan 13 Februari 2008
• Masa : 8.30 – 11.30 pagi
• Tempat : Bilik Gerakan
• Sasaran : Pelajar Tkn 3 – 6 Atas

Lawatan Kerjaya Pembimbing Rakan Sebaya Sesi Pagi dan Pengawas Pusat Sumber Sesi Pagi 2008 ke Kolej PTPL Sabah
• Tarikh :15.02.08
• Hari : Jumaat
• Masa : 2.00 – 4.30 petang
• Tempat:Kolej PTPL Sembulan
• Sasaran : PRS dan Pengawas Pusat Sumber Sesi Pagi

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2008
• Tarikh : 23 Februari 2008
• Masa : 6.30am– 5.30 pm
• Tempat: Dewan Asrama
• Sasaran : PRS Pagi dan Petang

Seminar Bengkel Pemantapan Ko-Kurikulum Sesi Pagi 2008 Anjuran bersama UBK dan Unit Ko-Kurikulum.
• Tarikh:27.02.208
• Hari : Rabu
• Masa:1.20–4.30pm
• Tempat : Dewan Asrama
• Sasaran : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Kelab dan Persatuan Ko-Kurikulum

Program Bersama AADK (Kerjasama Unit Disiplin / HEM dan UBK ) –sesi pagi
• Tarikh : 03 Mac 2008 (Isnin)
• Masa : 9.30am– 12.30 th
• Tempat : Dewan Asrama
• Sasaran : Pelajar terpilih

Program Motivasi PMR dan SPM 2008
• Tarikh : 17 Mac, 18 Mac dan 19 Mac 2008 Hari : Isnin – Rabu
• Masa : 8.30 am- 12.40th
• Tempat : Dewan Asrama SMK Putatan
• Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

Seminar Kecemerlangan Skor A STPM 2008 (Anjuran Penyelaras Tingkatan 6 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling )
• Tarikh : 31 Mac – 07 April 2008
• Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin
• Tempat: Dewan Asrama, Bilik Sri Rafflesia, Bilik Gerakan Asrama
• Sasaran: Pelajar Tkn 6 Atas

Minggu Anti Dadah 2008
• Tarikh: 31 Mac 2008 – 04 April 2008
• Hari : Isnin – Jumaat
• Tempat: SMK Putatan
• Sasaran: Semua Pelajar

Buletin Kaunseling Edisi 1 / 2008 ( Sesi Pagi)
• Tarikh : April 2008
• Tempat: SMK Putatan
• Sasaran: Semua warga SMK Putatan

Kem Jati Diri 2008 Anjuran Unit Disiplin dengan Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling 2008
• Tarikh : 19 dan 20 April 2008
• Hari : Sabtu dan Ahad
• Tempat: SMK Putatan
• Sasaran: Pelajar yang terpilih

Hebahan Risalah-risalah Kerjaya di Pusat Sumber
(Membekalkan bahan-bahan kerjaya)
• Tarikh : April 2008
• Tempat: Pusat Sumber
• Sasaran: Semua warga SMK Putatan

Hebahan Risalah-risalah Kerjaya di kelas Tingkatan 5 dan 6 Atas
(Membekalkan bahan kerjaya)
• Tarikh : April 2008

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow