Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum... Salam Sejahtera kepada semua warga SMK Putatan dan semua yang pernah melayari blog ini.. Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan kini mendapat seorang lagi Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu En. Darwis bin Ambo Sakka yang bertugas sebagai Kaunselor pagi.. Apa yang di harapkan agar seluruh warga SMK Putatan dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat bekerjasama untuk meneruskan kecemerlangan SMK Putatan..

Namun apa yang menyedihkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya, kita akan kehilangan seorang guru bimbingan dan kaunseling yang cukup berpengalaman, baik dan seorang guru cemerlang.. walaupun sedih, namun kita terpaksa merelakan kerana Puan Siti Zaiton Ismail telah mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Malaysia Sabah.. Dari pihak Unit bimbingan dan kaunseling dan seluruh warga SMK Putatan, semoga Cikgu Siti terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..



11 DAN 12 MEI 2011 - BENGKEL REMAJA SIHAT INI KHAS UNTUK TKN 1 DAN 2 2011.. PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN TELAH DIASINGKAN DAN DIBERIKAN SLOT CERAMAH YANG BERBEZA MENGIKUT KEPERLUAN..


03, 04 DAN 05 MEI 2011 - BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR FASA 2 TELAH DIJALANKAN DI DEWAN SRI KINABALU SMK PUTATAN UNTUK PELAJAR TKN 1 DAN 2 2011. TAJUK-TAJUK BENGKEL IALAH BIJAK MENGURUS DIRI DAN MASA, KEMAHIRAN MENGULANGKAJI SERTA MOTIVASI MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PENCERAMAH JEMPUTAN ADALAH DARI KOLEJ PTPL SABAH.. TERIMA KASIH KEPADA TEAM PTPL YANG SENTIASA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA SMK PUTATAN, KEPADA GURU-GURU YANG MEMBERI KOMITMEN SERTA AHLI PRS SELAKU AJK PROGRAM.. TQ BYK2... :) Ct zai
20 dan 21 April 2011- UBK dengan kerjasama Unit Disiplin telah melaksanakan Program Kasih 2011. Program ini untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang terpilih. Fasilitator dalam program ini adalah barisan Pensyarah dari Kolej PTPL Sabah.. Terima kasih yang tidak terhingga.. :)
04 dan 05 Mac 2011-
Kursus PRS 2011 telah diadakan di SMK Putatan. Bekas PRS SMK Putatan telah membantu pihak UBK sebagai Fasi dalam Kursus ini. Mereka yang terlibat ialah Anna Carina, Afnan Solehin, Izzuddin, Siti Hannah, Nurhidayah, Nur Amerah Afiqah dan Muhd Adlizan. Ahli PRS yang terlibat adalah dari Tingkatan 1 hingga 5. Peserta telah bermalam di Asrama di SMK Putatan.. Antara pengisian program ialah LDK, Games, Ceramah, Taklimat, Kuliah Agama,Pembentangan , Senamrobik, Sukaneka, Malam Canai Bakat, dan Follow the light.. terima kasih yang tidak terhingga kepada Fasi terlibat, Pn Afidah selaku warden aspuri, Ustaz Abdul Hadi yang memberikan Kuliah Agama, Pn Kamisah yang sentiasa membantu PRS, EN Samsudin, Pn DGku Mariam, pihak pentadbir yang setiasa menyokong program UBK serta Puan Pengetua yang sudi merasmikan penutupan kursus pada setiap tahun. Terima kasih ... drp : ct zai

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow