Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

BLN

AKTIVITI / INPUT

JAN.

  • Ø Reach Out UBK 2009
  • Ø Mesyuarat UBK 1/2009
  • Ø Semakan 1 Kad 001M
  • Ø Minggu Orientasi Tkn 4 2009
  • Ø Motivasi PMR 2009
  • Ø Motivasi STPM 2009
  • Ø Motivasi SPM 2009

FEB.

  • Ø Kemahiran Belajar Tingkatan 4 2009
  • Ø Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2008
  • Ø Lawatan PRS ke Rumah Kebajikan
  • Ø Kursus Kepimpinan Pelajar 2009

MAC

  • Ø Minggu Anti Dadah 2009
  • Ø Buletin Kaunseling 1 / 2009
  • Ø Buletin Keluarga 2009

APRIL

  • Ø Minggu Bidang Kerjaya 2009
  • Ø Lawatan PRS ke IPTA (UMS / Politeknik / UiTM)
  • Ø Kem Jaya Diri 2009 (UBK dan Unit Disiplin)
  • Ø Skema Pemarkahan SPM 2009

MEI

  • Ø Mesyuarat UBK 2/2009
  • Ø Maklumat Kerjaya
  • Ø Maklumat Pendidikan dan Latihan
  • Ø Maklumat Dadah / HIV/AIDS
  • Ø Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan
  • Ø Keceriaan Bilik Kaunseling
  • Ø Rekod Laporan dan Kewangan (1)

JUN

  • Ø Minggu Orientasi Pelajar Tkn 6 Rendah (Kerjasama dengan Penyelaras Tkn 6)
  • Ø Jambori PRS 2009

JULAI

  • Ø Taklimat Program Matrikulasi 2009
  • Ø Buletin Kaunseling 2 / 2009
  • Ø Pengurusan Stress PMR
  • Ø Motivasi 2 PMR
  • Ø Pengurusan Stress SPM
  • Ø Motivasi 2 SPM

OGOS

  • Ø Pengurusan Stress STPM
  • Ø Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan

SEPT

  • Ø Buletin Kaunseling 3 / 2009
  • Ø Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan
  • Ø Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan

OKT.

  • Ø Taklimat UPU 2009 (Tkn 5 dan 6 Atas
  • Ø Majlis Restu Ilmu PMR 2009
  • Ø Aktiviti Selepas PMR
  • Ø Aktiviti Selepas PMR 2009

NOV.

  • Ø Semakan Akhir Kad 001M
  • Ø Majlis Restu SPM dan STPM 2009
  • Ø Laporan Akhir Tahun 2009
  • Ø Rancangan Tahunan UBK 2010

DIS.

0 comments:

Post a Comment

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow