Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Putatan


LAPORAN AKHIR TAHUN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Reach Out UBK 2009
2. Buletin Kaunseling 2009
3. Buletin PRS 2009
4. Inventori Personaliti Warna (IPW)
5. Ujian Kerjaya (Career Test)
6. Senarai Semak Masalah Pelajar (SSMP)
7. Minggu Suaikenal Pelajar Tkn 1 2009
8. Minggu Orientasi Pelajar Tkn 4 2009
9. Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Rendah (Membantu Pihak Pengurusan Tingkatan 6 )
10. Bengkel Motivasi Belajar Tingkatan 4 2009
11. Bengkel Motivasi Kecemerlangan SPM 2009
12. Seminar Motivasi ’Anda Hebat’ 1 2009
13. Seminar Motivasi ’Anda Hebat’ 2 2009
14. Bulan Budi Bahasa 2009
15. Program Jejaka Idaman
16. Program Wanita Impian
17. Taklimat Pengurusan Masa Tkn 1 dan 2
18. Taklimat Kemahiran Belajar Tkn 1 dan 2
19. Taklimat Belajar Tanpa Guru dalam kelas Tkn 1 dan 2
20. Taklimat Pengurusan Stress dan Peperiksaan Tkn 1 dan 2
21. Seminar Skema Pemarkahan PMR 2009
22. Seminar Skema Pemarkahan SPM 2009
23. Seminar SKOR A STPM 2009
24. Taklimat Mengisi Borang Matrikulasi Tkn 5
25. Taklimat Kemahiran Belajar Tkn 1 dan 2
26. Taklimat Kemahiran Membuat Nota
27. Majlis Restu Ilmu PMR 2009
28. Majlis Restu Ilmu SPM / STPM 2009
29. Aktiviti Selepas PMR 2009
30. Kursus Kepimpinan Dalam Komuniti 2009
31. Program Kepimpinan Pemimpin Pelajar Tkn 1 dan 2
32. Ujian Kerjaya
33. Bimbingan Kerjaya SPM / STPM
34. Kursus Bimbingan Kerjaya Sabah Job Centre
35. Minggu PPDA 2009
36. Ceramah Anti Dadah oleh SPADA, UMS
37. Ceramah Kesihatan Anti Merokok
38. Projek Sudut Sahabat PPDA SMK Putatan

2 / AKTIVITI LUAR YANG DIIKUTI / DISERTAI
1. Karnival Pengajian Tinggi Negara
2. Program Perbincangan Bersama Pengarah BTN Sabah
3. Ceramah Pendidikan MARA
4. Seminar ”Remaja Tanpa Jenayah ”
5. Bengkel Majlis Kaunselor Daerah Penampang
6. Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita
7. Program Pencegahan Dadah anjuran SPADA
8. Pemberian Zakat sempena Bulan Ramadhan
9. Program Ceramah dan Pameran Kerjaya Peringkat Negeri Sabah
10. Program Peserta PRS Kebangsaan Bersama PRS Sekolah
11. Pertandingan Sketsa Anti Merokok Peringkat Zon Daerah Penampang

3 / AKTIVITI / PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA YANG DILAKSANAKAN PRS 2009
1. Pemilihan dan perlantikan PRS 2009
2. Mesyuarat Agung PRS 2009
3. Penyampaian Watikah Perlantikan & Bacaan Ikrar PRS di perhimpunan
4. Latihan Asas PRS : Kesedaran Kendiri
5. Latihan Asas PRS : Asas Komunikasi
6. Latihan Asas PRS : Asas Kaunseling
7. Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Sekolah 2009
8. Perjumpaan PRS
9. Sambutan Hari Ulangtahun PRS Januari – Disember
10. Buletin PRS 2009
11. Majlis Makan Malam PRS 2009
12. PRS sebagai Penceramah Muda dalam Program Wanita Impian (Anna Carina dan Nur Amerah Afiqah)
13. Aktiviti Sempena Hari Guru (Pemberian Kad dan Hadiah)
14. Mesyuarat PRS 2 / 2009
15. Aktiviti PRS Sempena Bulan Ramadhan (Pemberian Kad Hari Raya Aidilfitri)
16. AJK Sambutan dalam Perhimpunan PRS Kebangsaan 2009
17. Program Selangkah Ke Sekolah Bersama Mutiara dalam Perhimpunan PRS Kebangsaan
18. Menjadi AJK Majlis Restu Ilmu PMR / SPM / STPM
19. Memberi Hadiah Ulangtahun kepada Guru-guru tercinta
20. Mesyuarat PRS Akhir Tahun / 2009
21. Laporan / Refleksi PRS
22. Merancang Aktiviti / Program PRS 2010

Salam Dari Meja UBK : ctzaiton09

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai: