Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum... Salam Sejahtera kepada semua warga SMK Putatan dan semua yang pernah melayari blog ini.. Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan kini mendapat seorang lagi Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu En. Darwis bin Ambo Sakka yang bertugas sebagai Kaunselor pagi.. Apa yang di harapkan agar seluruh warga SMK Putatan dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat bekerjasama untuk meneruskan kecemerlangan SMK Putatan..

Namun apa yang menyedihkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya, kita akan kehilangan seorang guru bimbingan dan kaunseling yang cukup berpengalaman, baik dan seorang guru cemerlang.. walaupun sedih, namun kita terpaksa merelakan kerana Puan Siti Zaiton Ismail telah mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Malaysia Sabah.. Dari pihak Unit bimbingan dan kaunseling dan seluruh warga SMK Putatan, semoga Cikgu Siti terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow