Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

TAKWIM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan
Tahun 2010

Januari
1. Reach Out UBK 2010
2. Minggu Suaikenal Tkn 1
3. Program Orientasi Tkn 4
4. Senarai Semak Masalah Pelajar (SSMP)
5. Mesyuarat UBK 1 /2010
6. Hari Mesra Keluarga PRS
7. Program Orientasi PRS 2010
8. Watikah Perlantikan PRS di Perhimpunan


Februari
1. Prorgam Kaunseling Berfokus
2. Bengkel Kemahiran Belajar Tkn 1 , 2 dan 4 2010
3. Kem PRS 2010
4. Bulan Budi Bahasa / Sahsiah
5. Ceramah Kerjaya di Bank


Mac
1. Kursus Kepimpinan 2010
2. Motivasi Belajar Tkn 3 dan 5
3. Karnival dan Minggu PPDA
4. Lawatan PRS


April
1. Minggu Bidang Kerjaya dan Pendidikan 2010
2. Seminar Skema Pemarkahan PMR
3. Seminar Skema Pemarkahan SPM
4. Seminar SKOR A STPM


Mei
1. Mesyuarat UBK 2 / 2010
2. Aktiviti Hari Guru (PRS)


Jun
1. Buletin Kaunseling 1
2. Minggu Orientasi Tkn 6 Rendah(Bekerjasama dengan PK Tkn 6)


Julai
1. Bengkel Kerjaya Selepas SPM
2. Bengkel Kerjaya Selepas STPM


Ogos
1. Pengurusan Stress
2. Lawatan PRS (2)


September
1. Taklimat Program Matrikulasi


Oktober
1. Buletin Kaunseling 2
2. Taklimat UPU
3. Majlis Restu Ilmu PMR
4. Aktiviti Selepas PMR
5. Aktiviti Selepas Peperiksaan Tkn 1 dan 2
6. Rumah Terbuka PRS


November
1. Majlis Restu Ilmu SPM / STPM
2. Mesyuarat UBK Akhir / 2010
3. Laporan Akhir Tahun 2010
4. Perancangan Aktiviti 2011

0 comments:

Post a Comment

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow