Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan, Sabah. Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH
PUAN HAJJAH A'ZAH BT HJ ISMAIL (PENGETUA SMK PUTATAN)

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK dan PRS SMK Putatan. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK dan PRS seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program B&K
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah Menjelang tahun 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan B&K yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PIAGAM

· Berkhidmat untuk semua pelajar

· Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan

· Membantu pelajar dalam akademik dan disiplin

· Sentiasa menghargai masa

Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
  15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah.
  21. Menjadi Penyelaras dalam progran Mentor-mentee.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
  23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
  24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

Jenis perkhidmatan kaunseling yang disukai:

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow